Pages

TipsTips 3 sebab utama laptop cepat jadi hang dan panas Mungkin anda pernah bertanya punca dan sebab kenapa laptop cepat menjadi panas dan windows hang (tersekat/slow). Jika posting sebelum ini menyentuh sedikit sebanyak tips serta cara penjagaan laptop dari segi perkakasan, artikel kali ini akan menjelaskan antara punca masalah utama yang sering dihadapi oleh anda sebagai pengguna laptop (notebook) / netbook dengan kepanasan suhu di bawah permukaan laptop yang sering menyebabkan windows heng (hang) / shutdown / restart sendiri. 1. Laluan Udara Heatsink Terganggu pc habuk laptop heatsink 3 sebab utama laptop cepat jadi hang dan panas hard wired windows panas notebook netbook laptop kipas heatsink hang Sedar atau tidak, kebanyakkan masalah adalah berpunca dari saluran heatsink yang terganggu oleh kumpulan habuk yang menyebabkan kepanasan pada pemproses pusat (CPU) meningkat tinggi. Heatsink adalah lapisan metal yang bertindak sebagai penebat haba yang menyalurkan kepanasan pemproses keluar dari ruang dalaman laptop. Kepanasan adalah musuh utama sebarang komponen elektronik yang sering kali menyebabkan Windows anda menjadi hang (jeda). Untuk memastikan komponen berada dalam suhu yang sesuai, setiap laluan pengudaraan mestilah dalam keadaan baik dan lancar. Namun, anda tidak mungkin dapat mengelak dari masalah ini. Kumpulan habuk yang tebal pada heatsink (seperti rajah di atas) terkumpul sedikit demi sedikit yang menyukarkan anda untuk mengawalnya. Servis pada heatsink sekurang-kurangnya 6 bulan sekali adalah yang terbaik bagi semua jenis peralatan mobile (notebook, laptop / netbook). Servis pada heatsink perlu dilakukan oleh mereka yang mahir mengendalikan perkakasan laptop dan tidak sepatutnya melebihi RM50 sebagai kos upah servis. Setelah selesai anda melakukan servis, anda akan dapat merasai perbezaannya (laptop tidak lagi panas seperti sebelumnya dan tidak lagi hang). 2. Kipas Heatsink tidak berfungsi cleaning lp fan 520x346 3 sebab utama laptop cepat jadi hang dan panas hard wired windows panas notebook netbook laptop kipas heatsink hang Pastikan fan / kipas heatsink berfungsi dengan baik. Untuk memastikan ianya fungsi anda hanya perlu mendengar dengan teliti dari bawah laptop anda sepatutnya kedengaran seperti kipas yang sedang berpusing. Kebanyakkan laptop pada masa kini mempunyai kemampuan bagi kelajuan pusingan kipas yang dikawal oleh suhu pemproses. Ini bermakna tidak semestinya anda akan mendengar kipas heatsink berpusing setiap masa, ini adalah bagi meningkatkan jangka hayat penggunaan bateri. Semak tetapan BIOS bagi mengenal pasti mode pusingan kipas heatsink. Sebaiknya biarkan kipas berfungsi pada setiap masa. Kipas heatsink yang gagal berfungsi perlu ditukar segera. Ianya boleh menyebabkan kepanasan terlampau yang akan mengganggu ketahanan komponen lain disekitar unit pemproses (CPU) dan sudah tentu akan menyebabkan Windows hang. Elak dari meletakkan laptop atas permukaan tidak sekata seperti di atas karpet / tilam yang semestinya akan menutup ruang pengudaraan yang diperlukan bagi kipas dan mekanisma penyejuk laptop / notepad anda berfungsi dengan baik. 3. Hard Disk failure Kitaran masa penggunaan sesuatu peralatan mempunyai had-had tertentu yang telah dikenal pasti oleh pembuat. Disini, bermakna setiap komponen / peralatan mempunyai tempoh hayat tertentu. Hard Disk adalah antara peralatan yang sering dibawah jangka hayat ditetapkan pengeluar. Ia juga merupakan salah satu faktor penyebar haba yang terbanyak selepas pemproses (CPU & chipset) yang menyebabkan peralatan laptop / notebook / netbook anda berasa agak panas dan boleh menyebabkan gangguan seperti masalah Windows hang. Kepanasan yang berterusan pada hard disk juga akan memendekkan jangka hayat hard disk. Biasanya, sebelum sebarang hard disk menjadi total-lost, keupayaan hard disk tersebut terganggu. Gangguan ini juga mengakibatkan Windows sering kali bermasalah dan “hang” disebabkan kesemua fail-fail windows adalah terletak di dalam hard disk tersebut. Adalah digalakkan bagi anda untuk menyemak status SMART hard disk sebagai langkah berjaga jaga dari sebarang kemungkinan hard disk failure yang boleh mengakibatkan kehilangan keseluruhan data di dalamnya. Posting bagi semakan status SMART akan ditulis pada masa kelak.. nntikannya :) Dari penjelasan di atas, diharap ianya membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selamat mencuba :)

Tips

3 sebab utama laptop cepat jadi hang dan panas

Mungkin anda pernah bertanya punca dan sebab kenapa laptop cepat menjadi panas dan windows hang (tersekat/slow). Jika posting sebelum ini menyentuh sedikit sebanyak tips serta cara penjagaan laptop dari segi perkakasan, artikel kali ini akan menjelaskan antara punca masalah utama yang sering dihadapi oleh anda sebagai pengguna laptop (notebook) / netbook dengan kepanasan suhu di bawah permukaan laptop yang sering menyebabkan windows heng (hang) / shutdown / restart sendiri.

1. Laluan Udara Heatsink Terganggu
pc habuk laptop heatsink 3 sebab utama laptop cepat jadi hang dan panas hard wired  windows panas notebook netbook laptop kipas heatsink hang
Sedar atau tidak, kebanyakkan masalah adalah berpunca dari saluran heatsink yang terganggu oleh kumpulan habuk yang menyebabkan kepanasan pada pemproses pusat (CPU) meningkat tinggi. Heatsink adalah lapisan metal yang bertindak sebagai penebat haba yang menyalurkan kepanasan pemproses keluar dari ruang dalaman laptop. Kepanasan adalah musuh utama sebarang komponen elektronik yang sering kali menyebabkan Windows anda menjadi hang (jeda). Untuk memastikan komponen berada dalam suhu yang sesuai, setiap laluan pengudaraan mestilah dalam keadaan baik dan lancar. Namun, anda tidak mungkin dapat mengelak dari masalah ini. Kumpulan habuk yang tebal pada heatsink (seperti rajah di atas) terkumpul sedikit demi sedikit yang menyukarkan anda untuk mengawalnya. Servis pada heatsink sekurang-kurangnya 6 bulan sekali adalah yang terbaik bagi semua jenis peralatan mobile (notebook, laptop / netbook). Servis pada heatsink perlu dilakukan oleh mereka yang mahir mengendalikan perkakasan laptop dan tidak sepatutnya melebihi RM50 sebagai kos upah servis. Setelah selesai anda melakukan servis, anda akan dapat merasai perbezaannya (laptop tidak lagi panas seperti sebelumnya dan tidak lagi hang).

2. Kipas Heatsink tidak berfungsi
cleaning lp fan 520x346 3 sebab utama laptop cepat jadi hang dan panas hard wired  windows panas notebook netbook laptop kipas heatsink hang
Pastikan fan / kipas heatsink berfungsi dengan baik. Untuk memastikan ianya fungsi anda hanya perlu mendengar dengan teliti dari bawah laptop anda sepatutnya kedengaran seperti kipas yang sedang berpusing. Kebanyakkan laptop pada masa kini mempunyai kemampuan bagi kelajuan pusingan kipas yang dikawal oleh suhu pemproses. Ini bermakna tidak semestinya anda akan mendengar kipas heatsink berpusing setiap masa, ini adalah bagi meningkatkan jangka hayat penggunaan bateri. Semak tetapan BIOS bagi mengenal pasti mode pusingan kipas heatsink. Sebaiknya biarkan kipas berfungsi pada setiap masa. Kipas heatsink yang gagal berfungsi perlu ditukar segera. Ianya boleh menyebabkan kepanasan terlampau yang akan mengganggu ketahanan komponen lain disekitar unit pemproses (CPU) dan sudah tentu akan menyebabkan Windows hang. Elak dari meletakkan laptop atas permukaan tidak sekata seperti di atas karpet / tilam yang semestinya akan menutup ruang pengudaraan yang diperlukan bagi kipas dan mekanisma penyejuk laptop / notepad anda berfungsi dengan baik.
3. Hard Disk failure
Kitaran masa penggunaan sesuatu peralatan mempunyai had-had tertentu yang telah dikenal pasti oleh pembuat. Disini, bermakna setiap komponen / peralatan mempunyai tempoh hayat tertentu. Hard Disk adalah antara peralatan yang sering dibawah jangka hayat ditetapkan pengeluar. Ia juga merupakan salah satu faktor penyebar haba yang terbanyak selepas pemproses (CPU & chipset) yang menyebabkan peralatan laptop / notebook / netbook anda berasa agak panas dan boleh menyebabkan gangguan seperti masalah Windows hang. Kepanasan yang berterusan pada hard disk juga akan memendekkan jangka hayat hard disk. Biasanya, sebelum sebarang hard disk menjadi total-lost, keupayaan hard disk tersebut terganggu. Gangguan ini juga mengakibatkan Windows sering kali bermasalah dan “hang” disebabkan kesemua fail-fail windows adalah terletak di dalam hard disk tersebut. Adalah digalakkan bagi anda untuk menyemak status SMART hard disk sebagai langkah berjaga jaga dari sebarang kemungkinan hard disk failure yang boleh mengakibatkan kehilangan keseluruhan data di dalamnya. Posting bagi semakan status SMART akan ditulis pada masa kelak.. nntikannya :)

Dari penjelasan di atas, diharap ianya membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selamat mencuba :)j

No comments:

Post a Comment